KOMUNITI APARTMEN KENARI
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peraturan Am kepda semua

Go down

Peraturan Am kepda semua Empty Peraturan Am kepda semua

Post  Admin Sun Oct 18, 2009 10:09 am

PERATURAN AM FORUM

Anda WAJIB membaca peraturan-peraturan forum seperti yang telah ditetapkan di bawah :-

1. Sila berforum dengan berhemah tanpa menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun, mengutuk sesama sendiri & mengeluarkan kata-kata yang berbentuk provokasi terhadap sensiviti sesuatu isu & berbentuk perkauman.

2. Spam, mencelah dengan kata-kata berbentuk promosi atau provokasi (hijack), berbual kosong atau lari dari tajuk topik (offtopic) adalah tidak dibenarkan.

3. Pembukaan topik baru mengenai perkara/isu/program/cerita/artikel sama/lebih kurang sama seperti yang telah dibincangkan terdahulu adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda di nasihatkan supaya membuat 'carian' terlebih dahulu sebelum membuka topik baru.

4. Spam & sebarang bentuk promosi di dalam "Private Message" adalah tidak dibenarkan. Sekiranya aduan diterima, akaun anda akan ditamatkan untuk tempoh yang tetap (Permanently Ban).

5. Anda tidak dibenarkan membuka lebih dari SATU ID. Sekiranya dikesan, akaun anda akan ditamatkan untuk tempoh yang tetap (Permanently Ban).

6. Sebarang promosi terhadap sebarang item/website/3rd party link website/apa-apa material yang mengandungi unsur-unsur cetak rompak atau produk & perkhidmatan yang merujuk dari sumber yang tidak sah/menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia adalah tidak dibenarkan.

7. Sebarang penjualan atau perkhidmatan yang melibatkan 'non-halal' adalah tidak dibenarkan.

8. Segala posting yang berbentuk samar-samar, tidak dikenalpasti apakah bentuk tujuannya & peluang, meminta ahli lain meletakkan email ataupun menghubungi menerusi "Private Message" adalah TIDAK DIBENARKAN. Anda harus menyatakan apa jenis peluang, program dan bentuk masalah yang dibincangkan, tanpa perlu menyembunyikan sesuatu perkara.

9. Sekiranya anda ingin membuka sesuatu topik, pastikan anda mematuhi prosedur, peraturan & larangan yang telah ditetapkan di ruangan mengisi topik baru (New Thread)

10. Anda juga WAJIB patuh pada "Pengumuman/Announcement" yang telah dikeluarkan di dalam setiap sub-section.

11. Perbincangan sesama ahli adalah di dalam forum semata-mata, tanpa perlu mengajak/mempromosi ke tempat perbincangan/kumpulan selain di dalam forum.

12. Posting yang berbentuk semata-mata image 'smilies' atau ayat-ayat yang tidak berfaedah seperti "tumpang lalu", paste " Currently Active Users Viewing This Thread:" dan apa-apa ayat yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak berfaedah adalah suatu bentuk Spam. Spam sama sekali tidak dibenarkan di dalam forum.

Segala peraturan di atas adalah untuk memastikan keberkesanan perjalanan forum dan lebih tersusun. Kami mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas kerjasama anda mematuhi peraturan-peraturan forum.

Admin
Admin

Posts : 3
Join date : 17/10/2009

https://apartmenkenari.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum